Tuesday, July 22, 2008

PROFIL PASUKAN BOLA SEPAK KEMENTERIAN PELANCONGAN

gambar fail 2008



Pasukan Bola Sepak Kementerian Pelancongan Malaysia telah lama bergiat dalam arena bola sepak badan kerajaan pada era tahun 90an,pada ketika itu kementerian pelancongan adalah KEMENTERIAN KEBUDAYAAN KESENIAN BELIA DAN SUKAN. dan bertukar kepada KEMENTERIAN KEBUDAYAAN KESENIAN & PELANCONGAN, dan selepas itu KEMENTERIAN di pecahkan kepada dua iaitu KEMENTERIAN PELANCONGAN dan KEMENTERIAN KEBUDAYAAN KESENIAN & WARISAN.





Tetapi terhenti seketika kerana tiada siapa yang membawa pasukan bola sepak ini untuk pergi jauh. Pada tahun 2001 pasukan bola sepak kementerian ini telah pun hidup semula untuk mencari pemain-pemain baru yang berbakat dalam arena bola sepak. Tetapi pada masa yang sama masih lagi kurang pemain dari kalangan pekerja-pekerja kementerian tersebut... maka jalan mudah diambil.. untuk menaikkan nama bola sepak kementerian pelancongan, dengan mengambil beberapa pemain-pemain luar untuk bermain dengan pasukan bola sepak kementerian pelancongan pada tahun 2001 tersebut. Jadi kami mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan luar untuk menilai prestasi pasukan bola sepak pelancongan. Masa demi masa kian berlalu.. dan kemasukan pegawai/kakitangan baru ke kementerian meramaikan lagi untuk menjadi pemain-pemain bola sepak kementerian pelancongan pada masa ini.. tetapi saya mengucapkan ribuan terima kasih ke atas pemain-pemain luar yang banyak membantu kemenangan demi kemenangan/ jatuh naiknya pasukan bola sepak kementerian pelancongan malaysia ini..

PROFIL:

PERTANDINGAN:

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH MAKSWIP (PERLIS) 2006

KEJOHANAN BOLA SEPAK 11 SEBELAH MAKWSIP KALAH MATI (KUALA LUMPUR) 2006

KEJOHANAN FUTSAL 5 SEBELAH MAKSWIP (TITIWANGSA) 2006 (JOHAN KUMPULAN)

KEJOHANAN BOLA SEPAK 11 SEBELAH LIGA MAKSWIP (FRIM KEPONG) 2008

Pada tahun 2007 kami tidak dapat menyertai apa-apa pertandingan, atas sebab-sebab kerja dan event kementerian yang begitu sibuk.

KELAB SUKAN, KEBAJIKAN DAN SOSIAL KEMENTERIAN PELANCONGAN

Majulah Sukan Untuk Negara!










No comments: