Monday, February 13, 2017

MotacFC di pertandingan Makswip 2016

Pencapaian terbaik tahun 2016 dan di tahun-tahun sebelumnya apabila MotacFC berjaya menewaskan Juara bertahan Makswip 2015 dari pasukan PPUM 1-0 pada perlawanan pembukaan di peringkat kumpulan.


Barisan pemain yang mewakili MotacFC 2016






Keputusan perlawanan-perlawanan melibatkan pasukan MotacFC sepanjangan kejohanan Makswip 2016

Group Stage:
PPUM 0-1 MotacFC
MotacFC 1-0 BPH

Juara Kumpulan layak ke pusingan ke-2 (Kalah mati)
MotacFC 1-0 JPJ
Pusingan ke-3 (Kalah Mati)
MotacFC 0-0 JPA (Intan)
*Kalah menerusi sepakan penalti 1-2

Wednesday, March 5, 2014

Permulaan yang baik untuk tahun 2014 (JERUNG FC)

PERSAHABATAN 2014

Dibawah kendalian Pengurus: Akmal Malik 
Pembantu Pengurus: Mohd Khairul Arifin 

Keputusan semasa:
*Menang 1, Seri 1
PERLAWANAN PERTAMA JERUNG FC vs SPRM (padang bola sepak MARDI)

Keputusan penuh:

JERUNG FC 6-0 SPRM

-Jaringan:
Asyraf
Faizal x2
Azree
Azam
Ejai (P)

ULASAN PENGURUS PASUKAN:

Akmal Malik Sy sebagai Pengurus mengucapkan terima kasih pada semua termasuk assistant manager yang terbaik. Sebagai game pertama, dgn ramai kanak2 baru, sy hanya mempunyai satu niat untuk menguji posisi2 team kita terutama dalam kepelbagaian korang punya posisi asal bagi membolehkan sy mengaturkan permainan dgn option2 yg melampaui batas. Sy kalau boleh nak bina team yang ada pendua disetiap posisi. Boleh buat, kerana yg tetap ada manakala yg contract silih berganti. Itu kelebihan. Kita kena keluar dr norma permainan sebelum ini yg mengutamakan defensive...kita perlu mempelbagaikan offensive...pasukan yg hebat adalah menjaringkan goal, bukannya bertahan... dari segi fitness, I have no komen sebab I know you level...tetapi banyak perkara basic Tahap Darjah 1 Kenanga dalam Subjek Mari Bermain Bola semasa PJ di Padang perlu diperbaiki...cara tahan bola, cara sepak bola, cara passing, komunikasi, cara tahan kegugupan dan cara jgn cepat inzal.... team semalam tak kuat mana pun... ...jd jangan nak bangga sangat menang besar.... saya juga melihat keghairahan melampau korang sume untuk menjaringkan goal..rileks beb...striker dan forward kan ada... man man la...yg bawah nak score tunggu dead ball main set piece.... padahnya, second half dan third half korang main amat berterabur... masing2 agak lupa posisi....tukar posisi sesuka hati.... sy biarkan saje dulu nak tgk sb nak tgk korang main tanpa disiplin....tidak mengapa, ini baru perlawanan pertama...biasalah, masih dalam tahap membina character building.... lawan team saya PPTD nanti korang ikut perancangan semula ya...kalau x, mmg merah la tangan sy ni...

PERLAWANAN KEDUA JERUNG FC vs PPTD
Keputusan penuh:

JERUNG FC 1-1 PPTD
-Jaringan:
-1 GOL BASID ( B )

ULASAN PENGURUS PASUKAN:

Akmal Malik Apa yg sy boleh katakan, kalian sume berdisiplin dlm mengikut aturan. Cuma kadangkala perlu ditegur out position. Perlu meningkatkan kesefahaman dan komunikasi yg jelas kurang teratur. Harini flanker dan tgh x byk menghantar bola bermutu pada striker walaupun ada yg menjadi. Ia terletak pd komunikasi sebenarnya. Lwn team yg hebat dan fit tatkala kita bermain tanpa latihan, keputusan seri adalah memadai bg kedua2 pasukan dan terbaik bg Jerung FC. Dari kerusi atas stadium, sy nampak bola byk berlegar di tgh, di kanan flanker agak sunyi sepi. Mungkin kerana half kedua dan ketiga flankernya org baru, dan bek agak pendiam. Depan kena polish sikit. Mungkin boot baru kot...hmmm Chelsea kenalah pakai Adidas, Nike ni kureng sikit....main padang besar dan cantek, seri sudah terbaik...

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!

Sunday, December 2, 2012

Pertandingan MAKSWIP 2012

KEJOHANAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH MAKSWIP 2012 PERLIS (KANGAR) 

(MOTOUR FC) MEWAKILI KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA DI LETAKKAN BERSAMA SATU KUMPULAN DENGAN PASUKAN SPR,ISTANA BUDAYA,SPP DAN JUGA WISMA PUTRA.

PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN PASUKAN MOTOUR FC:

MOTOUR FC 0-0 SPR

Perlawanan pertama banyak melakukan beberapa kesilapan kecil mengakibatkan pasukan motour tidak dapat mencari peluang untuk menjaringkan gol. Tidak lupa juga kepada penjaga gol Zahilie yang berjaya menyelamatkan sepakan penalti pasukan SPR pada separuh masa pertama.

Perlawanan ke-2:

ISTANA BUDAYA 1-0 MOTOUR FC

Pasukan motour tewas kepada pasukan ISTANA BUDAYA.
Kesilapan demi kesilapan dilakukan,  barisan tengah dan juga barisan serangan tidak mengambil peluang yang ada untuk menjaringkan gol.

Perlawanan ke-3:

SPP 0-1 MOTOUR FC

Akhirnya Motour FC berjaya menjaringkan gol oleh Azree melalui sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil perlawanan setelah bola yang dirembat oleh Asyraf ditampan dengan menggunakan tangan oleh pertahanan SPP pada separuh masa pertama.

Perlawanan ke-4:

MOTOUR FC 3-0 WISMA PUTRA

Perlawanan yang penting bagi pasukan motour untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati. Motour FC perlu mencari 4 gol untuk meletakkan diri dalam keadaan selesa jika ingin melayakkan pasukan ke peringkat seterusnya, akan tetapi.. motour hanya berjaya menjaringkan 3 gol yang dijaringkan oleh Zuhairi, Azree dan juga Asyraf. Dengan keputusan itu, Motour FC terpaksa menunggu keputusan perlawanan diantara pasukan SPR dan SPP. Jika SPR tewas.. maka, tamat sudah perjuangan Motour FC pada kejohanan tersebut. Rezeki kami, Motour FC berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya setelah perlawanan diantara SPR dan juga SPP berkesudahan dengan 0-0 tanpa jaringan.

Perlawanan peringkat ke-2 KALAH MATI:

MOTOUR FC 1-0 UNIVERSITI MALAYA

Bagaikan tidak percaya, semangat yang di suntik oleh pengurus pasukan Motour FC En.Akmal, pasukan motour berjaya menundukkan pasukan Universiti Malaya 1-0 dengan hantaran sepakan sudut dari Ismail tepat ke kaki Asyraf merembat masuk terus ke gawang Universiti Malaya, melenyapkan semangat pasukan UM. Serangan demi serangan dapat dipatahkan oleh kekentalan pertahanan pasukan motour yang dibarisi oleh Khairul Fahmi, En.Rahman, Mohd Hanif dan juga Syukri. Tidak lupa juga kepada penjaga gol motour fc Zahilie yang berusaha keras menggagalkan percubaan demi percubaan bahaya dari pasukan Universiti Malaya. Dan kami berterima kasih kepada CC Zahari yang banyak membantu sebagai pemain veteran di bahagian tengah yang menggantikan Zuhairi.

Perlawanan peringkat Suku Akhir KALAH MATI:

JPA (A) 1-0 MOTOUR FC

Dengan ketiadaan En.rahman di barisan pertahanan juga membuatkan pasukan motour goyah di bahagian bawah, Serba tidak menjadi ketika perlawanan menentang JPA (A) ketika itu. Tetapi, semangat yang diberi oleh pemain-pemain tidak dilupa. Pancapaian terbaik buat pasukan Motour FC dari 2004 hingga 2012, 2012 ini adalah yang terbaik! terima kasih kepada semua pemain-pemain yang bermain dengan penuh dedikasi dan semangat juang yang tinggi sebagai satu pasukan. Jumpa lagi di tahun 2013 dengan usaha yang lebih baik!! in shaa allah.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA





Wednesday, September 19, 2012

Video MotourFC


Formasi dan First 11 player..



MOTOUR FC ke THAILAND (FRIENDLY MATCH)

INILAH PENGALAMAN KAMI MOTOUR FC KETIKA BERADA DI NEGARA JIRAN THAILAND.

MOTOUR FC diberi penghormatan mewakili MALAYSIA untuk pertandingan sukan muhibah iaitu GOODWILL GAMES THAILAND MALAYSIA (NARATHIWAT) pada 14-16 September 2012.
Keputusan sudah dijangka, FUTSAL Malaysia (MotourFC) tewas ditangan Thailand 2-4. Apa pun.. semangat juang setiap pemain yang tinggi memang dihargai.

Bagi kategori BOLA SEPAK pula, pasukan MALAYSIA (MotourFC) tewas kepada Thailand dengan keputusan 1-3. Ini adalah satu penghormatan bagi team motourFC menimba pengalaman disana untuk memantapkan lagi semangat sepasukan. Walaupun tewas/gagal.. tidak semestinya kita gagal selamanya.. SEMANGAT JUANG SATU PASUKAN ITU LEBIH PENTING.. untuk berubah.. kita perlu ada keserasian dan semangat satu pasukan pada setiap pemain.


TUAN PENGURUS MOTOUR FC (Akmal Malek)

KETIBAAN KONTINJEN MALAYSIA DI SUNGAI KO-LOK


BERKIBARNYA JALUR GEMILANG DI SELATAN THAILAND


JALUR GEMILANG YANG KAMI BANGGA



PASUKAN FUTSAL MALAYSIA (MOTOURFC)




BANGGA KAMI DIBERI PELUANG UNTUK MEWAKILI MALAYSIA


TIDAK KETINGGALAN WAKIL DARI ULTRAS MALAYA YANG HADIR MEMBAWA GENDANG MEMBERI SOKONGAN DAN SORAKAN KE ATAS PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA (MOTOUR FC)


INILAH BARISAN KITA!! MOTOUR FC DI THAILAND


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMAIN YANG MEMBERI KOMITMEN DAN SEMANGAT JUANG YANG TINGGI. 

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...



Monday, March 5, 2012

New Kit Motour FC 2012 (JOMA)

TERIMA KASIH KEPADA PENGURUS PASUKAN DAN JUGA PENOLONG PENGURUS YANG BERUSAHA MENDAPATKAN PERUNTUKAN UNTUK TAHUN 2012!! SEMOGA PASUKAN MOTOUR FC BOLEH PERGI LEBIH JAUH PADA TAHUN 2012!!

MOTOUR FC 5 - 1 KPWK&M

Motour FC benam kementerian pembangunan wanita 5-1.

Selepas motour fc ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama, perubahan tactical daripada jurulatih en.rahman nampak berubah pada separuh masa ke-2.
keputusan penuh Motour Fc 5 - 1 KPWK&M

Penjaring Motour FC:

Azree 1 Gol
Asyraf 2 Gol
Ismail 2 Gol

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMAIN YANG MEMBERIKAN KOMITMEN DAN SEMANGAT 1 PASUKAN!!